Blogger Templates

November 07, 2012

#37: Bahagia & Indah

Normal kehidupan apabila sudah berkahwin, hati sentiasa tenang, mengharungi hari-hari mendatang dengan penuh kegembiraan dan penuh keriangan. Lantas kini aku di sini, mencoretkan sedikit sebanyak perkara yang berlaku sepanjang aku menghilangkan diri melayari bahtera indah bersama isteri tersayang.

Segalanya bermula apabila aku melangsungkan perkahwinan pada raya lepas, yang mana merupakan Hari Raya Penuh Bersejarah (HRPB), yang aku raikan dengan penuh kegembiraan & keasyikkan mutlak, selama hidup bertahun-tahun di muka bumi Allah ini.

Andai jodoh tidak ke mana, andai cinta disulam indah, andai hati bertaut kasih maka segala janji pemerteraian sebuah kisah cinta termaktub akhirnya. Sah menjadi suami kepada sang isteri. Setelah akad nikah yang sempurna dijalankan, maka bertanggung pahala-dosa ku memikulnya kini.

HRPB berjalan begitu indah, apatah lagi menyambut menantu pertama keluarga. Betapa gembiranya seisi keluarga dengan kehadiran menantu dan keluarga di sana. Kegembiraan itu lebih jelas tepancar di wajah ayahku, apabila melihat saat-saat anaknya melangsungkan perkahwinan. Kuntuman senyuman sepanjang majlis berlangsung, emakku tidak lekang melayan sanak-saudara dan para tetamu jauh dan dekat. HRPB hari untuk semua.

Aku bertuah.Hidup kini lebih bermakna.Thanks to Allah atas kurniaan ini.

August 08, 2012

#36 : Hal yang tidak disangka-sangka

Oh! perancangan yang telah ditentukan tuhan. 40 hari tak berjumpa sebelum wedding akhirnya aku berjumpa  juga selama 2 minggu. Perancangan untuk menyiapkan rumah baru, akhirnya terjawab apabila aku bersama bakal isteri membersih, menghias(biasa), menyediakan pelbagai perkara asas rumah. Persetujuan bersama atas semua pilihan barangan yang dibeli.

Hari untuk melangsungkan wedding diharap berjalan lancar. Semuga semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Dalam kegembiraan untuk menempuh alam bahagia, ada juga terselit rasa gemuruh dan perasaan takut.

Nak hidup berdua, dah ada tanggungjawab. Dosa pahala isteri tercinta di bawah tanggungngan aku. Sediakah aku memikul amanah ini?

July 20, 2012

#35: Bulan Puasa paling bermakna!


Syukur! Bulan pada penuh barakah bulan puasa telah tiba dengan penuh kesyahduan. Bulan yang memberi seribu makna pada aku, memberi seribu kegembiraan tatkala aku mengenang kembali puasa pada tahun-tahun yang lalu. Ye, puasa kali ni tak sama dengan sebelum ini.

Aku kadang-kadang terkenang sejenak, bulan puasa ni banyak berlaku padaku perkara-perkara baik, indah, tenang yang berlaku. Saat mula, saat bertaut rasa kasih, permulaan yang baik, penyudah yang terbaik.
Kuat dan semangat dalam diri tuk seperti dulu, bulan puasa bertadarus bersama-sama ahli masjid. Sejuk hati time tu, hujan di malam hari tak mengundang rasa gundah dalam hati tuk aku terus ke masjid tuk bertadarus di malam hari. Alangkah manisnya saat itu, manis sangat. Apatah lagi antara ahli-ahli tadarus itu sudah tiada di dunia ini. Pantas betul masa berlalu. Rasa sekejab sangat.

Namun, sedar atau tidak, selain itu, banyak lagi perkara yang aku terkenangkan, di mana di bulan yang mulia ini aku dipermukan dengan seseorang yang pada mulanya kawan, berkasih dan akhirnya dipermudahkan untuk setia dan menjadi pasangan hidupku. Alhamdulillah.

Perkara yang terbaik dalam hidup. Bulan Puasa menjadi saksi. Terima kasih Ya Allah. Ya tuhanku. Perkenankan doaku.

July 06, 2012

#34: Road To Wedding Day 5


Sejak dua menjak ini, macam-macam perkara berlaku dengan pantas dan tanpa disedari hari bahagia ku semakin hampir. Lagi dua minggu bermula la umat Islam berpuasa. Oh! puasa. Rasa syahdu jer bila terkenang balik time pose ni.


Flash back balik pose, time jadi student dulu kira-kira beberapa BELAS tahun yang lepas.huhu.. Bila dikenang balik, berkat ramadhan ni la yang membuatkan 2 hati menjadi satu. Kerana ke-gentle-man aku yang tak malu untuk berkenalan ngan dia, akhirnya, mendapat respon yang baik dari empunya diri. Wah! hebat juga ye (aku-kah yang perasan- oh!)..

Ermm nak kata aku pandai ngorat pun tak boleh juga, tapi perasaan yang datang tiba-tiba dan sama-sama memerlukan kasih sayang kot!...wah!wah!....maka dengan secara pantas-nya hati itu terpaut, terpahat dan melekat terus jauh ke dasar lubuk hati. Perasaan ingin berkasih sama-sama kuat, dan maka itu, secara rasminya bermula-lah era percintaan kami, percintaan yang tidak dilafaz dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan, dan rasa kasih antara satu sama lain. 

Aku mula kenal erti perasaan kasih, yer seperti kekasih yang lain, hidup berpasangan seperti orang lain juga, banyak perkara-perkara dan kenangan-kenangan manis. Biasalah student, naik moto sajer, hujan panas rasa bersama. Setiap hari adalah indah, dan indah itu ada pada setiap hari. Aku tau tak semua hari indah, betul tak?...Tapi itu normal, gaduh-gaduh masa bercinta, itu biasa, malah sampai sekarang ni pun still gaduh juga. Nak gaduh satu hal, nak cari gaduh pun satu hal jgk..hehe..tapi tu la, bila kita dah sayang seseorang itu, biarlah dia yang pertama dan terakhir untuk kita. Baik buruk dia kita terima, baik buruk kita dia terima. Terima kasih sayang di atas segala-segalanya.

Hari kian pantas untuk kita di satukan. Doa dan harapan agar dipermudahkan segalanya.Amin.  

July 03, 2012

#33 : Ke Arah Lebih Baik

Sudah berapa minggu aku tak hapdet blog aku yang sunyi ni. Sejak-sejak dilanda kebosanan tahap tepu, aku kini kembali dengan misi baru, tugas yang dipikul macam biasa. Soal kerja yang meng-kalut-diri aku kini dah semakin baik tahapnya, cuma ader sedikit kerja yang tertangguh yang akan di-kalut-kan semula nati.

Semuanya mengenai persiapan perkahwinan aku tak lama lagi. Apa yang perlu di beli sudah dibeli, apa yang perlu di bincang, sudah di bincang dan akan di bincang lagi kemudian hari, SO JANGAN KALUT.

Hidup nampak rileks, dalam diri rasa bahangnya. Bahang kebahagiaan,wah!wah!wah!. Boleh gitu?

Baru-baru ni datang umah orang tersayang, hilang rasa beban dalam diri. #tqawak. Sekarang masa tuk mula kelas di samping tue, updated sume preperation tuk majlis. Kad pun dah siap, mula mengedarkan pada 1st Ramadhan, amik berkat bulan puasa ni. Sesungguhnya, raya kali ini lah yang paling bermakna dalam hidupku.

Akan akan menjadi suami. Adakah aku sudah bersedia?.


June 14, 2012

#32: Episod malas tahap tepu

Rutin harian tanpa kerja yang berat membuatkan aku jadi malas sesangat dalam menjalankan kerja aku. Bila time di kerja tu ada, bersungguh-sungguh buat, tapi tak faham nak buat cam ne. Dah tanya, namun kefahaman aku tau ciput jer. Last-last aku hold keje, sampai due jadi kalut.

Itu aku.

Tapi bukan sume perkara aku wat last minit.

Malas tepu dah ni. Banyak sangat rileks.

Ya Allah bagi aku Kekuatan.Kesedaran.Halal makan minumku.Penuhi masa-masaku dengan perkara berfaedah.Mohon ampun kepadaMu.

June 08, 2012

#31: Aktiviti Pemula Sebelum Puasa

Tatkala ni, dengan kaki sakit sebab joging semalam 1 round..erm 1 round jer, tapi 3 round berjalan. tuk 1st time plak tu. Nampak sangat aku dah lama tak bersenam. Setakat main pingpong hari2 aku tak rasa peluh apatah lagi main dalam dewan berhawa dingin. Huh!

Sekarang ni musim bola euro, aku dan ang pa sumer yang layan bola mesti tido lambat punya, dan gie keje sok dengan mata kuyu. Tapi itu standard. Bola tetap bola. Kepuasan tengok bola live tak sama kepuasan tengok bola highlight atau kat berita kat tv.

La ni, sementara Bola duk hangat, aku ader misi penting, aku harus mendisiplinkan diri untuk berjalan@berjoging petang area tempat keje aku. Rasa segar badan bila berpeluh. Lama dah aku nak joging ni, tapi tahap kemalasan yang tinggi membuatkan aku rasa tak best nak joging.

Aku buat pelan2 dulu joging ni, bagi biasa dulu. Semalam joging kaki dah melecet.Adui!..Puasa dah nak dekat, rindu pulak suasana berpuasa, apatah lagi puasa dan raya tahun ni lebih bermakna.

Bila time puasa ni, aku teringat zaman budak-budak, time skolah, time kat u dulu, Sumer perkara tentang puasa nie, rasa seronok dan best je. Sesuatu yang positif bagi aku tentang puasa ni. Rasa seronok, rasa smooth jer perjalanannya.

P/s: Teringat lagu Berkat Ramadhan- nyanyian Imad..Time tu dengar masa balik skolah petang menuju ke pasar ramadhan. Mungkin zaman kanak2 dulu aku seronok sangat kot sampai dewasa terbawak-bawak rasa syok tu.huhu

June 07, 2012

#30: Testing Memandu Alza

Ramai orang dah tukar keta baru, termasuk lah sorang staf kat opis aku ni. So, dengan tidak semena2nya aku, diberi peluang dan ruang untuk memandu alza baru beliau. Pandu laju auto ni, best jugak. Ruang dalam yang luas, tempat memandu pun luas, rasa selesa dan duduk tegak, dan baru aku tau keta tu hand-brake dia kat bawah kaki, kena tekan baru bleh gerak. So, tengah2 tempat duduk depan bleh la kalau nak peluk manja2 ngan bini..huhu. Memang selesa sangat.


Sekarang ni pakai keta biasa dulu, dah 2 @ 3 anak nati, kalau murah rezki pakai la Alpard.....haha. Tak gitu cik H?

#29: Demam Euro 2012

Yahoo...Euro kembali menghantui tidur malamku lepas ni, sebab game sumer mula kul 12mlm dan 2.45pg. Preparation telah dibuat, jadual semua perlawanan telah di print-out kertas A3 siap laminted dan terus ditampal di dinding ruang tamu rumah. Semua game, mau tengok, sumer game best, sumer nak layan.haha.


Ada orang pe giler ke nak tengok sumer game, bukan sumer game best. Itu kata orang beb, ni kata aku. aku nak tengok aku punya suka. Yang ngantok nak pi keje sok aku, bukan ko. Bagi aku mana2 team yang masuk Euro adalah yang terbaik dan akan mempamerkan aksi yang terbaik. Bayangkan sumer player yang dipilih untuk bermain peringkat kebanggasaan, menggunakan sumer player dorang yang bermain di kelab2 handal. So setiap team yang main tuk Euro ni hebat2 belaka, kata ko!


Kali ni, dan sebelum ni pun, aku tetap setia menjadi penyokong kuat Spain. Sejak Euro 2008 lagi, lama dah tu aku sokong.haha. Macam2 orang team tu hebat, team ni hebat. Aku pun nak bagitau kat angpa korang, team baguih dok ada la ni , sepanyol je!. ang pa tau pa! aku sokong aku punya pasai!.haha


So, aku dah prepare kopi n nescafe 3 in 1, nak layan Euro ni sepanjang bulan ni. Mau tido awal la kot. Tapi boleh ka?Ang tok sah dok buat karut. Balik keje, rehat, makan malam pastu ang duk nyembang nagn teman umah, kalau ada bini duk cuit2 manja, nak cuit2 pun sampai kul 12 jer, dah start bola, bini kena tidoq. Nak romen hari lain. Kot2 ada game x best bleh la, tak pun romen awai.

Tak sabar betul nak tengok Euro ni, tak sama tengok EPl kat kedai mamak.huhu. Ang pa sumer mai pakat sokong Spain. Depa juara, depa dapat habuan, bawak balik tunjuk kat rakyat depa menang bola, ang dok sokong,dapat sorak, dapat tengok dalam t.v, pasukan kebangsaan ang pa mana?..

P/s : Time ni hidupku,makanku,tidurku bola bola bola...

#28: Bosan

Sejak tak de keje yang nak buat, malas nak buat, rutin harian yang membosankan. Hari2 buat benda yang sama.Cukup masa, pagi gi bekfast, tgh hari gie lunch, petang pingpong. Hari2 cam tu,argh bosannya. Ader keje malas nak buat plak. Nak cari mod nak buat keje makan masa.

Kadang2 rasa tertekan, bosan, kalau tengok aku , cam biasa jer, cam x der masalah, tapi tu la bosan je hari2. Nak cuti la. Bosan duk opis ni. Duk umah lepak2, lagi best. Aku nak tulis ni pun malas, wah nampaknya aku betul2 malas..Bosan+malas=Terbaik.


Euro dah nak Start dah, baru ilang rasa bosan nie. hujung minggu ni nak anta baju nikah, harap2 minggu depan aku akan ceria & tak bosan dah. Susah bila hari2 wat rutin yang sama, aku jadi bosan dan malas, biar kalut2, sebab best time kalut, kita jadi active wat keje.haha.

P/s : Aku+kalut+cakap keling=Best, papepun aku sokong Spain Euro ni.

June 05, 2012

#27: Selesai AGM Penang? Next Year mana pulak?

Sabtu & ahad lepas merupakan hari yang terbaik bersama2 sahabat saga blm Club dari seluruh Malaysia.     (except sabah & sarawak coz jauh, tapi je wakil nya). Kali pertama aku sertai AGM Penang sebagai tuan rumah pada AGM ke-5. Memang happening, dengan member2 yang baru kita kenal, otai2 keta, ngan suasana tempat yang best di atas bukit ( Ayer Itam Training Centre, (AITC), memang cool la.

Hampir 20 sponser yang terlibat dalam menjayakan lagi AGM pada tahun ni. Banyak hadiah dapat, dan tak lupa jugak, no aku naik <025> dapat JVC Cd Player, thanks pada sumer. Macam lagi ader, minyak itam, coolent radiator, spoiler mugen, sport sporing dan pelbagai lagi. Sponcer makan satay pun ader dari 600 cucuk, bertambah kepada 1200 cucuk. Nyum2 sedapnya, sambil makan satay, tunggu lucky draw plak.

Kehadiran kereta hampir 114 buah( kalau x silap), lalu jambatan penang, keta dah separuh jambatan, baru keta last masuk jambatan.Best giler konvoi, thanks juga pada marshall, letih dorang jaga traffic, ingat senang, siap kena jeling2 ngan pemandu lain, tapi apanak buat, nak bagi lancar perjalanan konvoi kitaorang ni.


 Malam persembahan dari Team Perak. Jadi nyah! ang no


Sebelum Balik pakat singgah dulu, beli jeruk pak ali yang terkenal tu. Aku beli jeruk kedondong wane hijau. minyak angin pun aku tibai beli jugak.haha

Banyak kenangan manis konvoi, lepak2 jalan2 ngan dorang nie. Bayangkan team satu semenanjung mai. Jumpa depan2, selalu tengok FB kecik jer comei, jumpa beesauunyer...haha..jangan marah ek!

P/s: Tahun depan soutern region>>>>>Melaka @ Johor...jumpa tahun depan di sana. Bleh la bawak bini. Yeah! dia mesti nak ikut punya..haha

May 31, 2012

#26: Jersey baru Man United 2012/13

Awai bulai lepaih, aku dapat tau jersey team kesayangan aku, Man U telah kuaq. Aku teruja betul nak tengok patern baru Man u. Last2 kuar design Gingham tribute to Pak Alex Scotland. Dorang balik ke zaman di mana industri kapas popular pada 1878. 


 Memang ada yang kutuk2 giler menganjing tak tak tentu arah bila Man U kuar design ni, tapi ada sebab dan  sejarahnya kenapa depa kuar ngan design ni. aku terima seadanya..



Slogan 'Forged in industry, Made of Machester.'

P/s  : Aku still akan beli dan pakai, cuma tunggu kain gred AAA kuar..hehe

May 30, 2012

#25: AGM Saga Blm Club 2012 di Penang

Sabtu, 2 Jun- SagaBlmClub yang aku sertai, akan membuat AGM yang terbesar kat Penang ujung minggu ni. Mai aku nak citer sikit pasal ClubSagaBLM aku ni. Aku mula join pada 2009-2010 dah ketika tu batch no. 200-300. Skrg member club dah ramai dan mencecah batch ke-1000. Wow! satu perkembangan yang sihat dan diterima oleh semua peringkat.

Malah, sehingga ke hari ini, beratus2 OUTT & TT telah dijalankan di sekitar pelusuk negeri yang melibatkan pelbagai kaum. Bukti bahawa kita boleh bincang2, sembang2 dan tukar2 pandangan tentang pelbagai perkara especially mengenai kereta saga ni.

Dan 2 dan 3 Jun ni, semua yang menyertai AGM Penang akan berkampung di sana. Selain jumpa member2 dari region lain, banyak juga barang2 sponsor dari pelbagai syarikat, untuk memeriahkan lagi AGM pada kali ini. Kehadiran kereta aku tak pasti berapa biji, namun 151 orang member club dijangka hadir dan bayangkan berapa ramai mereka kat sana nati. Macam2 perangai ader, mesti lawak dorang ni. Abang2 Otai sumer, adik junior tumpang lalu.


Sticker AGM 2012

Ps/: Konvoi pagi Sabtu,2 Jun. Kete dorang power.

#24: Bad PingPong vs Sticker

Setelah keunggulan cinta dari sinar mata racun meracuni pemikiran beliau, walhal sebenarnya aku telah diracuni untuk membeli bad pingpong minggu lepas, namun kali ini aku telah berjaya juga meyakininya untuk memasang lining sticker kat keta beliau.

Episod keracunan bermula setelah beliau, terharu@terkinja@ter-jelous melihat lining sticker mantap yang aku buat tempoh hari.

"Nokharam, buat sticker tak ajak aku. Cam ni kawan?"...

"Pa lagi, jom sok gi kedai."

Mula2 aku pi wat dulu.


"ang pa pasang elok2 na." kataku dengan baik



Nokhorom selain lining, beliau menambah sticker lain lagi..nokhorom!

Lama jugak aku & beliau kat kedai tu. Mula2 tak banyak sangat keta, bila petang cikit keta mula banyak, dan satu lagi aku nak cerita, kat belakang keta beliau ni ada satu keta avanza biru@pakcik yang tuan punya keta, dia pun nak tampal sticker, dan yang paling aku & beliau dan juga pekerja cina yang wat stikcer untuk keta pakcik tue, terpinga2, terconpius dengan motif @ corak yang cuba pakcik tu tonjolkan pada keta beliau. Mesti korang nak tengok kan cam ner rupanya sticker pakcik tu?

.......................................dot dot dot

Aku tak amik pun pic keta pakcik tu. Kerana apa? Kerana aku tak sampai nak tunjuk kat angpa suma. Aku & beliau merasa terkilan dengan tindakan pakcik tu kerna telah menjatuhkan imej sticker2 lain pada kereta lain. Orang nak buat, dia pun nak buat.  Tapi tak pa, aku & beliau hanya terdiam dan tengok jer pakcik tu ngan avanza biru  beliau berlal upergi.

Hai, macam2 kat dunia ni.

P/s : Kalau tersempak pakcik tu kat luar, aku hon dia tanda aku & beliau terkilan dengan tindakannya tempoh hari..huhu 

May 26, 2012

#23: Road to Wedding Day 4

(Sempena aku nak nikah dah tak lama lagi, maka haruslah aku dengan jayanya membaca buku2 ilmiah demi future family ku nati)

Rombongan cik kiah ke pameran buku kat pwtc dan mph midvalley tempoh hari telah membuka dompet mata aku untuk membeli sebuah buku DOA & TIPS BAHAGIA yg diterbitkan oleh karangkraf hasil tulisan kak norlela ibrahim. Buku ni sebenarnya adalah antara buku2 ilmiah yang bercerita mengenai kehidupan rumah tangga, proses n prosedur serta doa2 yang baik tuk diri, dan keluarga kita nanti.

aku ni bukannya kaki baca buku2 cam nie, tetapi harus akur dengan kehendak alam, bahwa sa nya, aku harus beralih ke fasa seterusnya untuk menjadi lelaki budiman yang ensem dan kacak. malah boroi seksi mengikut persepsi bakal isteri aku..haha.


Banyak tips2 menarik dalam buku ni yang ada dalam buku ini untuk dijadikan pedoman, dan aku percaya pada sesiapa di luar sana, beli lah dan bacalah buku ilmiah seperti ni, sekurang2 nya anda tahu sedikit sebnyak tentang perkara2 yang anda harus lakukan kelak ketika melayari bahtera bersama pasangan masing2. Nak menjaga rumah tangga dan hidup bahagia, setiap pasangan ada tggjungwab masing2.

"Orang yg paling sempurna imannya adalah yg terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-ISTERINYA."-Hr Tarmizi.

Aku dah nak kawin.aku harus bersedia.doakan kami.

Amin.

May 25, 2012

#22 : Member meracun fikiran untuk masa depan?

(Memang adat lah kalau dah hari2 main orang punya, tak terasa ker?)

Benar kata orang tua2 tak kenal maka tak cinta. Mula2 main pingpong ni haram tak reti langsung. Hari2 kena tibai je. Maklumlah adik junior baru nak mula hidup. Senang dibuli, digelak, di'patah-tulangkan' akibat hantaran silang yang aku tak boleh nak amik (sampai sekarang pun).

Namun itu cerita dulu, dengan perancangan yang rapi dan latihan azab yang telah aku lakukan, maka cerita lahirnya seorang power telah diciptakankan...haha.(mula riak, tapi masih control).

Berkat kesabaran dan cacian kawan2 yang byk membantu, aku akui kini, aku memang hebat..haha.(aku yang perasan, tapi aku suka).

Dan, dalam sepanjang aku hidup, tak pernah terpikir, untuk main, apatah lagi nak beli bad pingpong ni, namun hari ni dalam sejarah aku membeli bad p.pong ni dengan duit keazaman yang tinggi, walhal aku terpikir tentang bola jer yang suatu masa dulu apabila di kedai sukan, tak lain hanyalah but bola, jersey..sejarah telah berubah.

Maka muncul lah, bad p.pong terkini yg mempunyi byk brand..haha butterfly+tibhar=power.



Hari2 ku adalah pingpong, sebab aku nak tibai kepala, tetek dan juga paha diorang yang lawan ngan aku..haha..bongkak dan riak telah menguasai diri.

sekian dari aku yang ensem.

April 20, 2012

#21 : Road to Wedding Day 3

Salam semua orang, salam 1 Malaysia, Salam Perak Aman Jaya (Walaupun aku tau tak ada sapa pun baca), tapi aku tau selamba je la.

Alhamdulillah, perancangan nampaknya semakin baik, walaupun ada cikit kekeliruan. Barang berharga telah selamat dibeli dengan jayanya. Dengan rasa marah yang berlipat ganda, akhirnya disudahi dengan seutas gelang, 2 bentuk cincin. Alhamdulillah sekali lagi.

So, di sini aku nak kongsi cikit beberapa tips yang perlu untuk aku memikirkan sedalam & semasak-masaknya tentang apa yang perlu aku buat, aku laksana, dan aku amik berat sebelum aku melangkah jauh dalam alam perkahwinan aku nanti.

Ye, sebelum kahwin semuanya indah. Memang indah, engkau lah syurgaku. Bak kata pepatah amik lah kapak belah lah dada yang sekeping ini ( tu belum cucuk perut, alamat meletup perut aku yang seksi ni )..lautan berapi sanggup ku renangi..ala poyo la pulak ye. Walhal aku tau betapa berat tanggungjawab aku nanti bila sudah berkahwin.

Mungkin ramai yang tidak tahu, tidak ingat..tak dapat info, malas, buat-buat lupa, tak ambil pusing, tentang kesihatan diri & pasangan kita. Aku pun sebenarnya tak amik tau pun pasal benda-benda, remeh bukan?..Tapi....ye tapi...(nak pakai 'namun' pun boleh)..sebelum melangkah ke alam perkahwinan yang serba indah ini, adakah korang pergi menjalani ujian kesihatan/pemeriksaan doktor yang mengesahkan bahawa korang tak der penyakit keturunan dan sebagainya. Penting tau korang kena pegi periksa. Mungkin kita terlepas pandang dan menganggap perkara ni remeh yang sentiasa berasa diri kita dan pasangan sihat selalu.

Menjalani  Ujian kesihatan sebelum kahwin.
Ujian kesihatan pra perkahwinan membolehkan seseorang untuk:-

1.       Mengetahui status kesihatan diri sendiri dan pasangan serta belajar cara untuk menjaga atau mengekalkan kesihatan mereka
2.       Mengesan sekiranya mereka menghidap penyakit tertentu termasuklah Hepatitis B dan penyakit jangkitan kelamin (STD)
3.       Mengesan penyakit keturunan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan anak-anak contohnya talasemia, hemophilia, anemia dan kekurangan G6PD.
4.       Mengetahui kesediaan bakal pengantin wanita dari segi kesihatan untuk mempunyai anak. Persediaan ini termasuklah suntikan vaksin Rubella, mengetahui kumpulan darahnya (dan kesesuaian dengan darah suami) serta anemia.

Antara ujian lain yang turut disarankan adalah saringan untuk penyakit keturunan seperti talasemia dan hemofilia. Talasemia ialah penyakit disebabkan gangguan pada genetik darah yang diwarisi daripada ibu dan bapa. Sel darah merah pesakit mengandungi hemoglobin tidak normal yang menyebabkan sel darah berkenaan cepat musnah.

Penyakit hemofilia pula berlaku akibat kekurangan faktor pembekuan darah yang menyebabkan darah pesakit beku. Penyakit ini menghalang pesakit melakukan aktiviti cergas kerana mereka boleh mengalami pendarahan dalaman spontan terutama pada sendi dan otot walaupun tidak terhantuk atau terlanggar sebarang objek.

Mungkin tidak ramai yang sedar dalam semua jangkitan virus, virus Hepatitis B paling mudah berjangkit sama ada melalui sentuhan dengan produk darah atau darah yang tercemar, hubungan seks dan jangkitan langsung dari ibu kepada anak dalam kandungan.

Aku harap dengan penerangan ni, pasangan aku pun dengan hati terbuka, faham betapa pentingnya ujian kesihatan ni. Cucuk tetap cucuk ye.hihi


Adoi!!

Bukan susah sangat, pegi jumpa doktor tuk wat pemeriksaan kesihatan pra-perkahwinan.

April 17, 2012

#20 : Road to Wedding Day 2

(Sambil menggeleng kepala, menggaru-garu benda yang tak sepatutnya digaru, aku termangu sekejab)

Sekarang April, Bila Mei datang, Jun penuh dengan bola Euro, Julai Puasa, selepas raya kawin..WOW!...cepatnya masa berlalu..

Barang hantaran nak kena beli cikit-cikit dulu. Nak beli selambak mana nak datang duitnya. Katering sekarang ni pun hampir 7k jugak habis.

Harap berjalan seperti yang dirangcang.Amin.

(Pendek je post. Buat pe panjang-panjang, bukan ada orang baca pun..haha)

April 15, 2012

#19 : 1 Litre of Tears - Terusik Jiwa.

Tatlaka aku habis tengok drama ini, aku bersyukur pada Ilahi, kerana memberi aku hidup sampai sekarang. Tiga minggu aku perlahan2 memahami, menjiwai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh pesakit ni.


Kalau aku berada di tempatnya, adakah aku sanggup mengaharunginya seorang diri??...

April 05, 2012

#18 : Program kebajikan bersama orang asli di Perak

Baru-baru ini aku terlibat dalam aktiviti gotong-royong bersama masyrakat orang asli. Masa sampai ingat dah tiba kampung orang asli, rupanya lagi 3km masuk ke dalam, maka berangkut lah ramai-ramai naik keta. Nasib baik keadaan jalan elok sepanjang masuk ke dalam.

Pagi-pagi macam biasa ader bekfast dulu, gotong-royong start pukul 9 pagi, bersihkan surau dan sekitar surau.Sumer orang sibuk melakukan tugas masing-masing. Ada yang masak bersama penduduk orang asli. Hebat orang asli masak nasi kawah, tak hangit dan tak berbau asap. Pakai dapur kayu. Memang dasat!

Selain itu ada jugak agensi luar yang terlibat dalam memberikan sumbangan seperti pemeriksaan darah, denggi dan juga pemeriksaan buah dada(mamogram). Nak buka akaun tabung haji pun boleh.


Penduduk daftar dulu yer

Acara sukaneka pun best jugak, melibatkan orang kampung asli, memang sporting la dorang nie. Acara cari gula-gula dalam tepung sempoi habis muka cam pocong dah..huhu.

Acara menyumpit pun boleh tahan. Sumpit belon dari jarak 100 meter. Tapi aku tengok Tok Batin dengan selambanya gie sumpit buah kelapa kat situ. Sekali fuhh jer...hahaha..


Ajk terlibat bersama tetamu VIP

Petang acara penutup, sumbangan kepada keluarga mereka. Dah penat satu hari bersama dorang, time untuk aku pulang. Tinggal la mereka kat sana, walaupun jauh masuk ke dalam, namun anda jangan lupa, dorang pun ada Astro.haha..

P/s  : Ada sorang anak dara cun orang asli tu, bapak comei!..rambut perang-perang gitu. Mau ka?